About


OlyOpyOya adalah jenama milik syarikat perniagaan OlyOpyOya. Bidang perniagaannya adalah berkaitan fesyen, pakaian dan aksesori.

Terdapat beberapa segmen perniagaan tumpuan iaitu OlyOpyOya Kids Wear, OlyOpyOya Teens, OlyOpyOya Executives and OlyOpyOya Accessories.

Pada peringkat ini tumpuan lebih diberikan kepada OlyOpyOya Kids Wear House iaitu jenama fesyen pakaian kanak-kanak lelaki dan perempuan daripada baru lahir (new born) sehingga awal remaja. 

Disamping jenama OlyOpyOya, kedai ini turut menyediakan pelbagai jenama fesyen kanak-kanak terkenal yang lain. Pelbagai pilihan pakaian dan fesyen kanak-kanak disediakan dengan harga yang sangat berpatutan sesuai dengan moto perniagaan kami "BERJENAMA, BERKUALITI, HARGA PATUT"

Anda boleh datang ke kedai kami di Lot 156, Kompleks Perniagaan Sultan Abdul Hamid Fasa 2, Persiaran Sultan Abdul Hamid (Jalan Pegawai), 05050 Alor Setar, Kedah.


Selain daripada segmen pakaian kanak-kanak, OlyOpyOya juga terlibat dalam pembekalan secara borong pakaian dan aksesori untuk remaja dan dewasa.


OlyOpyOya adalah sebuah perniagaan yang ditubuhkan oleh Puan Najdiah Abu Bakar (Puan Naj), seorang usahawan sepenuh masa. Beliau merupakan seorang graduan dari Universiti Utara Malaysia (tahun 1996). Berpengalaman sebagai pegawai bank selama 2 tahun sebelum menceburkan diri dalam bidang insurans dan takaful selama lebih 13 tahun . Mempunyai agensi takaful sendiri di 319, Taman Berjaya, Jalan Pegawai, 05050 Alor Setar, Kedah.

Kini beliau memperluaskan skop perniagaanya dengan menceburkan diri dalam bidang pakaian dan fesyen  dengan jenama OlyOpyOya bersama suami beliau, En Shamsul Salleh, bekas Eksekutif Akaun di HICOM selama 16 tahun. Mereka memulakan perniagaan ini dengan membuka beberapa mobile outlet di pasar tani, karnival-karnival perniagaan dan kompleks perniagaan komersil sekitar Kedah dan Perlis.

Pada bulan Jun 2011, mereka mengukuhkan lagi perniagaan ini dengan membuka butik fesyen dan pakaian kanak-kanak di Lot 165, Kompleks Perniagaan Sultan Abdul Hamid (belakang Affin Bank), Persiaran Sultan Abdul Hamid (Jalan Pegawai), 05050 Alor Setar, Kedah.


Beliau boleh dihubungi di alamat email : olyopyoya@gmail.com atau 019 277 3776.